Kempen Internet Selamat (KIS) Sempena Jota Joti Pengakap Negeri Perlis

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025, telah berlangsungnya Kempen Internet Selamat (KIS) Sempena Jota Joti Pengakap Negeri Perlis. Program ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga pukul 06:00 petang.

Petugas NADI Perlis mendapat jemputan untuk menjayakan program ini. Sepanjang program ini berlangsung, petugas NADI memberi penerangan mengenai had umur penggunaan media sosial, bahaya media sosial, maklumat palsu dan alternatif kepada media sosial.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara petugas NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali